Kehidupan peribadi Wan_Sharmila

Sharmila pernah mendirikan rumahtangga dengan penerbit TV, Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan bercerai pada 23 Oktober 2009.[19] Beliau kemudiannya menyatakan bahawa 9 tahun bergelar janda cukup memadai buatnya, dalam satu temuramah bersama Harian Metro: “Setakat ini belum ada mana-mana lelaki berjaya mengetuk pintu hati saya. Diikutkan saya selalu berdoa agar dipercepatkan jodoh. Sebenarnya ramai cuba mendekati tetapi mereka tidak kena dengan kriteria yang dikehendaki oleh saya. Saya mahu lelaki yang boleh memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap diri saya. Jika ada individu mempunyai ciri-ciri begini pasti saya pilih."[20][21]

Ibu beliau, Raidah Abd Aziz meninggal dunia pada 5 Julai 2015.[22] Sharmila menjalani pembedahan pada tulang belakang pada Julai 2017.[23]

Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Sari Yanti.[24] Pada Disember 2016, Sharmila menafikan dakwaan beliau sudah berkahwin secara rahsia selepas memuat naik gambar keputusan ujian ultrabunyi kononnya beliau hamil, menurut beliau dalam temuramah bersama Harian Metro: "Bernikah pun belum, macam mana nak hamil? Saya terkejut apabila ada pengikut di Instagram mengatakan saya berkahwin lari dan hamil. Sebenarnya gambar yang dimuat naik itu adalah laporan kesihatan. Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan apabila menerima perkhabaran baik daripada doktor tetapi lain pula jadinya."[25]

Rujukan

WikiPedia: Wan_Sharmila http://www.azhan.co/biodata-wan-sharmila-aktres-se... http://buzzera.blogspot.com/2011/12/biodata-profil... http://www.imdb.com/name/nm4702687/ http://mediahiburan.karangkraf.com/mesti-hibur/kon... http://my-entertaiment9.blogspot.my/2010/04/wan-sh... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/wan-sharmila-seles... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/...